Untuk blog saya yang seterusnya ini, akan saya terangkan cara-cara untuk kuatkan otot kaki. Terdapat pelbagai cara-cara untuk kuatkan bahagian otot kaki contohnya seperti berjogging , bersukan seperti bermain futsal, bola sepak, dan lain-lain lagi. dan saya akan bagi salah satu contoh senaman yang ringkas dan mudah untuk anda semua praktikkannya. iaitu
senaman berdiri kekuda
Step yang pertama,
Pertama sekali, anda berdiri tegak mengikut keselesaan anda dan tangan anda menyentuh siku kiri dan kanan tujuannya adalah untuk menstabilkan kedudukan badan anda. seperti contoh gambar dibawah :-
Anda gerakkan badan anda ke bawah sehingga 90 darjah dalam kiraan lapan atau sepuluh mengikut kemampuan anda semasa melakukannya. Senaman ini mesti dihabiskan mengikut tiga set yang telah saya terangkan dalam blog-blog yang lepas. contoh seperti gambar dibawah :-
Senaman yang ringkas ini amat mudah dipraktikkan. Dianggarkan dapat menguatkan kaki anda dan juga dapat memberi pembentukkan otot kaki yang menarik dan dijamin anda akan berpuas hati dengan latihan yang anda lakukan ini.
SELAMAT MENCUBA :-)
No comments:
Post a Comment