Untuk post saya yang pertama,saya mempamerkan seorang remaja yang berusia 18 tahun yang sudah setahun menjalani latihan yang ringkas ini. Insyaallah, remaja ini akan saya jadikan contoh dalam blog saya ini dan akan saya sharekan tips-tips untuk membesarkankan bahagian otot bicep dan tricep dengan mudah dan senang untuk anda lakukan. Untuk latihan ini saya lebih suka memilih di kawasan tempat beriadah kerana disana terdapat banyak alatan-alatan untuk kita berworkout.
step yang pertama.
Saya akan terangkan cara-cara untuk besarkan bicep. Mula-mula anda cari tempat alatan bergayut.
kemudian anda berdiri di atas alatan tersebut dan anda bergayut seperti contoh gambar di bawah.
step yang kedua.
selepas itu , anda angkat badan anda dengan menggunakan kedua-dua belah tangan . seperti contoh gambar dibawah;-
step yang ketiga.
kemudian, anda turunkan kedua-dua tangan anda dalam kiraan lima atau sepuluh. kiraan lima adalah bagi yang baru nak bermula latihan workout ini manakala kiraan sepuluh bagi yang dah ada kekuatan mahupun yang dah dua tiga kali buat latihan workout ini. Latihan ini mestilah mengikut tiga set dalam setiap kiraan tersebut dan setiap set yang anda buat, anda hendaklah rehat selama seminit kemudian teruskan sehingga habis ketiga-tiga set . Tujuan kiraan tersebut adalah untuk memberi kesan yang cepat untuk membesarkan otot di bahagian bicep .
Untuk bahagian tricep pula, saya menggunakan kerusi di tempat beriadah untuk melakukan proses pembentukan tricep.
step yang pertama.
Anda cari dua kerusi yang berada di sekitar tempat beriadah, kemudian anda letakkan kedua-dua kaki anda di atas kerusi tersebut dan kedua-dua belah tangan anda di kerusi yang seterusnya serta pastikan punggung anda tidak duduk di atas kerusi jika tidak, anda tidak dapat membuat proses pembentukan tricep dengan cara yang betul, kedudukannya seperti contoh gambar di bawah:-
step yang kedua.
Setelah itu, anda gerakkan kedua-dua tangan anda dan turun dalam sekitar 90 darjah secara perlahan-lahan serta dalam tempoh kiraan lima atau sepuluh ikut kesesuaian anda semasa workout.
dan buat mengikut tiga set kiraan lima atau sepuluh , setiap set rehat dalam seminit selepas itu teruskan latihan tersebut sehingga habis tiga set itu. Anda dapat lihat sendiri di dalam gambar tersebut pembentukan tricep yang jelas dan mudah untuk di praktikkan. selamat mencuba.
Contoh hasil bicep dalam masa setahun mengamalkan latihan ini.
Ini pula, contoh tricep yang di amalkan dalam masa setahun.
ih tida pun tagaap
ReplyDeleteih tida pun tagaap
ReplyDeletekecil loh
ReplyDelete